Ikuti Kami:

Aksi Menghiburkan, Ma Dongseok Kongsi Sebab Wajib Tonton ‘Badland Hunters’ Di Netflix

Aksi Menghiburkan, Ma Dongseok Kongsi Sebab Wajib Tonton ‘Badland Hunters’ Di Netflix

Kalau Ma Dong-seok yang berlakon, memang kena tengok lah!

Terbaru, KimchiDaily berpeluang menemubual pelakon hebat itu bersama pengarah Heo Myeong-haeng bagi filem distopian aksi “Badland Hunters” yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Netflix.

Ia membawa kisah satu gempa bumi yang merubah Seoul menjadi tanah tanpa undang-undang. Nam San, iaitu seorang pemburu berani cuba menyelamatkan Yang Gi-su dari seorang doktor gila yang memerangkap sekumpulan remaja di kem penuh individu mengamalkan ajaran sesat.

netflix badland hunters

Bukan hanya aksi

Walaupun dipasarkan sebagai filem distopian, namun Ma Dong-seok menjelaskan bahawa terdapat pelbagai eleman mengujakan dalam “Badland Hunters”. Jelasnya,

Kami membuat filem yang menarik. Kami berharap filem ini diperkenalkan sebagai naskhah yang menghiburkan, mengujakan dengan aksi mendebarkan.

Antara titik menarik yang diperkenalkan oleh pengarah ialah naskhah distopian ini membantu mereka mencipta watak antagonis yang sesuai dengan dunia fantasi dan tidak kekok dengan plotnya.

Ma Dong-seok tunjang utama

Apabila ditanya mengenai kepercayaan peminat filem Korea untuk menonton setiap naskhah lakonannya, lelaki itu hanya tersenyum dan membalas tidak percaya. Ulasnya,

Kalau kalian berfikiran begitu, saya berterima kasih. Sebagai seorang penghibur, saya cuba sebaik mungkin untuk membawa naskhah yang menghiburkan dan baru buat semua.

netflix badland hunters

Jelas Ma Dong-seok, watak Nam San sebenarnya adalah seperti personalitinya sendiri. Oleh itu, watak tersebut pastinya menarik untuk ditonton oleh peminatnya.

Filem pertama pengarah

Kalau anda nak tahu, ini merupakan naskhah pertama yang diarahkan oleh Heo Myung-haeng. Sebelum ini, lelaki ini lebih terkenal sebagai koreografer bagi babak aksi dalam pelbagai naskhah aksi di Korea selama 26 tahun.

Saya menerima tawaran dari Ma Dong-seok untuk mengemudi naskhah ini. Meskipun ia satu cabaran baru namun dia banyak membantu dan saya menerima sokongan dari pelakon lain.

Titik menarik

Ungkap Ma Dong-seok apabila diminta untuk menyebut mengenai persona “Badland Hunters”,

Aksi, reptilia, kesinambungan hidup.

Jawab pengarah pula,

Aksi, 19 tahun ke atas, Ma Dong-seok.

netflix badland hunters

Dah excited kan? Jangan lupa menonton “Badland Hunters” bermula 26 Januari ini, hanya di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...