Filem “Officer Black Belt” nampaknya telah berjaya menambat hati ramai penonton!
Diterajui Kim Woo-bin dan Kim Sung-kyun, “Officer Black Belt” ialah filem aksi yang mengisahkan tentang Lee Jung-do, seorang pakar seni mempertahankan diri yang bekerjasama dengan Kim Seon-min, sebagai pegawai untuk mencegah jenayah.
Menurut carta Netflix dari 16 hingga 22 September, filem ini berjaya mengumpul 15.7 tontonan dan mengekalkan kedudukan No.1 dalam kategori Top 10 Filem Global Netflix (Bukan Bahasa Inggeris).
Selain itu, “Officer Black Belt” juga berada di No.1 carta filem Netflix di banyak negara termasuklah Malaysia, Korea Selatan dan Thailand.
Meninjau komen dari penonton, ramai rata-rata memuji adegan aksi realistik dari kedua-dua Kim Woo-bin dan Kim Sung-kyun, digabungkan pula dengan jalan cerita yang penuh emosi dan impak sosial.
Haa korang dah layan belum filem ni?