Ikuti Kami:

Aksi ‘Bromance’ Dalam Tale Of Nokdu Cuit Hati Penonton!

Aksi ‘Bromance’ Dalam Tale Of Nokdu Cuit Hati Penonton!

Siapa yang sedang menonton drama “Tale Of Nokdu”? Mesti seronok kan tengok watak kelakar yang dibawa oleh mereka! Tambah-tambah apabila melihatkan gelagat Jeon Nokdu yang terpaksa membuat gaya lembut seperi wanita walhal dia sebenarnya adalah seorang lelaki.

Walaupun ramai yang sedang menantikan hubungan antara Jeon Nokdu dan Dong Dong Joo supaya kian berbunga-bunga, tetapi ada juga penonton yang lebih seronok melihat hubungan di antara Jeon Nokdu dan Yulmoo. Pasangan ini yang suka bercakar seperti anjing dan kucing menyebabkan penonton semakin terhibur apabila melihat drama “Tale Of Nokdu”.

aksi bromance dalam tale of nodu cuit hati penonton

Kalau nak tengok betapa akrabnya mereka berdua ini, lihat sajalah aksi mereka yang kekok apabila terpaksa merakamkan aksi ciuman bersama. Kerana kaku, mereka berdua terpaksa merakamkan aksi ‘romantik’ itu beberapa kali. Kelakar betul! Pengarah drama itu juga berseloroh dan mengatakan bahawa babak itu kelihatan terlalu kaku kerana watak Yulmoo yang berdiri tegak dan tidak berkutik langsung.

Namun begitu, walaupun kekok pada mulanya, kedua pelakon itu telah berpeluk mesra selepas tamat rakaman babak itu. Mereka juga terus bersembang dan  terus lupa tentang hal babak ‘romantik’ yang dirakamkan mereka sebentar tadi.

aksi bromance dalam tale of nodu cuit hati penonton

Chemistry di antara watak mereka berdua telah menjadi sumber gelak ketawa para penonton. Pihak produksi menceritakan, “Kedua-dua pelakon berjaya membuatkan hati penonton berkocak dengan persona mereka. Apabila Yulmoo mengetahui identiti sebenar Nokdu, bermulalah cinta tiga segi di antara mereka dan Dongjoo.”

Dah sampai pertengahan drama “Tale Of Nokdu” ini, banyak pula babak mendebarkan! Kepada penonton setia, jangan lupa untuk saksikan pengakhiran drama romantik ini tahu!

Sumber: Soompi (1)(2)

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...