Ikuti Kami:

Akibat Tekanan Dengan Situasi, Hyomin T-ARA dan Pemain Bola Sepak Hwang Euijo Telah Putus Cinta

Akibat Tekanan Dengan Situasi, Hyomin T-ARA dan Pemain Bola Sepak Hwang Euijo Telah Putus Cinta

Pada Januari lepas, Hyo-min T-ARA dan pemain bola sepak Hwang Eui-jo telah disahkan bercinta.

Namun pada 8 Mac hari ini, dilaporkan bahawa Hyo-min telah berpisah dengan pasangannya Hwang Eui-jo. Menurut pihak Hyo-min,

Ini adalah kenyataan mengenai khabar angin dating yang tercetus pada Januari tahun ini. Pada masa khabar angin dating tersebar, memang benar bahawa Hyo-min sedang berjumpa dengan Hwang Eui-jo dengan perasaan yang baik, namun kerana tekanan keadaan, kedua-dua pihak secara semula jadi berpisah, dan mereka kini telah memutuskan untuk kekal sebagai kenalan yang saling bersorak.

Sebelum ini, pada 2 Januari 2022 media ‘Dispatch’ melaporkan bahawa Hyo-min dan Hwang Eui-jo sedang bercinta, serta menyebarkan foto paparazi mereka berdua yang diambil ketika sedang bercuti di Switzerland.

Untuk pengetahuan, Hwang Eui-jo ialah seorang pemain bola sepak untuk Bordeaux FC, sebagai penyerang utama dan merupakan pemain untuk bahagian pertama Perancis.

hyomin t-ara hwang euijo putus cinta

Semoga mereka bahagia di jalan masing-masing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...