Setelah lama menanti, akhirnya ada pengumuman rasmi oleh YG Entertainment berkaitan kemunculan semula BLACKPINK!
Pada 6 Julai, YG Entertainment secara rasmi mengesahkan bahawa BLACKPINK akan membuat kemunculan semula mereka pada bulan Ogos ini.
Kini, kumpulan itu berada di peringkat akhir rakaman album baharu mereka dan merancang untuk membuat penggambaran muzik video pada akhir bulan ini. Jelas agensi,
Banyak muzik dalam gaya BLACKPINK telah disediakan dengan usaha yang gigih sejak sekian lama. BLACKPINK akan memulakan jelajah dunia terbesar yang pernah ada untuk kumpulan gadis K-Pop, menjelang akhir tahun bersama kemunculan semula mereka untuk meluaskan komunikasi dan jangkauan mereka dengan peminat di seluruh dunia. Kami akan meneruskan projek berskala besar untuk kumpulan itu juga.

Untuk pengetahuan, ini adalah kemunculan semula BLACKPINK dalam tempoh satu tahun dan sepuluh bulan, sejak mereka mengeluarkan album “THE ALBUM” pada Oktober 2020.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




