Yay! Akhirnya! SUPER JUNIOR akan buat comeback!
Sebelum ini, kecoh sudah mengenai SUPER JUNIOR apabila mereka hadir ke Malaysia bagi konsert jelajah dunia mereka “SUPER SHOW 9 : ROAD” di Kuala Lumpur pada 10 Oktober lalu.
Terbaru, SUPER JUNIOR telah berkongsi teaser pertama bagi album studio ke-11 mereka iaitu “Vol.2 The Road: Celebration”.
https://twitter.com/SJofficial/status/1597048380496093185
Album kali ini juga merupakan sambungan bagi comeback mereka pada July lalu dengan album ke-11 “Vol.1 The Road: Keep On Going”. Album “The Road: Celebration” ini dijangka bakal dilancarkan pad 15 Disember akan datang.
https://twitter.com/SJofficial/status/1597108070970462209
Wah! Makin tak sabar dah ni untuk lagu baru!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.