Ikuti Kami:

Akhirnya! Setelah 5 Tahun, PSY Umum Comeback Hujung Bulan Ini

Akhirnya! Setelah 5 Tahun, PSY Umum Comeback Hujung Bulan Ini

Psy telah mengumumkan kemunculan semulanya pada hujung bulan ini!

Pada 12 April, Psy telah memuat naik satu klip video di Instagram dan Twitter miliknya, di mana dia dilihat bercakap kepada penonton pada konsertnya yang diadakan pada Malam Krismas, pada tahun 2013. Di sini, Psy memberitahu penonton,

Saya tahu ramai daripada anda mempunyai jangkaan yang tinggi untuk lagu hit saya yang seterusnya. Sejujurnya, saya menghasilkan ‘Champion’ pada tahun 2002 dan saya mengambil masa tepat 10 tahun untuk menghasilkan lagu yang lebih sensasi daripada ‘Champion’ dengan keluaran ‘Gangnam Style’ pada tahun 2012.

Tambah Psy di dalam video tersebut,

Saya rasa apa yang saya boleh katakan, mungkin waktu seterusnya anda akan bertemu dengan lagu seperti ‘Gangnam Style’ adalah pada tahun 2022.

Kemudian, teks “PSY 9th, 2022.04.29 JUMAAT 6PM(KST)” muncul di skrin, memberi petunjuk untuk keluaran album kemunculan semula Psy pada hujung bulan ini.

Fuhh! Akhirnya Psy kembali! Jangan lupa tau korang pada 29 April ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...