Ikuti Kami:

Akhirnya! GOT7 Umum Tarikh Comeback

Akhirnya! GOT7 Umum Tarikh Comeback

Berita gembira buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula GOT7!

Meskipun kesemua ahli sudah tidak bernaung di bawah satu agensi yang sama, namun, kumpulan itu telah membuktikan cinta mereka kepada peminat yang setia menunggu, dengan keluaran muzik baharu pada bulan Mei ini.

Siap sedia! GOT7 akan kembali dengan EP terbaru yang akan menandakan kemunculan semula rasmi pertama mereka, sejak meninggalkan JYP Entertainment pada tahun lepas.

Untuk pengetahuan, keluaran lagu terakhir GOT7 sebagai sebuah kumpulan ialah lagu “ENCORE” yang dikeluarkan pada Februari 2021, dan kemunculan semula terakhir mereka dengan album fizikal dan promosi adalah pada November 2020, apabila mereka mengeluarkan album studio keempat “Breath of Love: Last Piece”.

Nantikan kemunculan semula GOT7 dengan EP baharu pada 23 Mei ini jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...