Utama Drama Korea Akan Terus Muncul Dalam Musim Ke-3, Dua Watak Baru Diperkenalkan Dalam Episod...

Akan Terus Muncul Dalam Musim Ke-3, Dua Watak Baru Diperkenalkan Dalam Episod Akhir ‘The Penthouse 2’

on joowan the penthouse

Tinggal hanya satu sahaja episod bagi “The Penthouse 2”, nampaknya anda akan disajikan dengan ‘kekeliruan’ ataupun ‘kesegaran’ dengan kemunculan dua watak baru.

Yang pertama, ialah On Joo-wan yang bakal melakonkan watak Joon-gi. Dalam sedutan awal, dia dilihat duduk bersebelahan Logan Lee (Park Eun-seok) dalam kapal terbang. Seperti mengenali lelaki itu, Joon-gi menghadiahkan senyuman yang manis dan melihatkan kepada penampilan yang tampan dan mewah, semestinya dia berasal daripada keluarga berpengaruh. Apa agaknya hubungan dia dan Logan Lee dan apakah watak sebenarnya?

on joowan the penthouse

Seperti khabar angin yang bertiup, Park Ho-san akan menggalas tanggungjawab membawa watak Yoo Dong-pil iaitu suami Kang Ma-ri (Shin Eun-kyung) dan ayah Yoo Jenny (Jin Ji-hee). Meskipun dikhabarkan berada di Dubai kerana urusan bisnes, namun sebenarnya lelaki itu meringkuk di penjara atas kesalahn Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon).

park hosan the penthouse

Dalm sedutan terbaru ini, lelaki tersebut dilihat sudah bebas daripada tahanan dan penonton tak sabar menantikan pertemuan dia dan Joo Dan-tae.

Kata pihak produksi,

Daripada penggambaran pertama, On Joo-wan dan Park Ho-san padan 100% dengan watak yang buawa mereka seperti memakai pakaian yang direka tangan. Sila perhatikan watak Joon-gi dan Yoo Dong-pil yang akan terus muncul dalam musim ketiga nanti.

Watak baru lagi korang, dah ready belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...