Ikuti Kami:

“Akan Ada Spy” – Jung Chulmin PD Kongsi Pembaharuan Musim Ketiga ‘The Sixth Sense’

“Akan Ada Spy” – Jung Chulmin PD Kongsi Pembaharuan Musim Ketiga ‘The Sixth Sense’

Semua mesti tak sabar nantikan tayangan musim ketiga “The Sixth Sense” kan?

Sebelum penggambaran bermula, Jung Chul-min PD sempat duduk dalam sebuah temuramah bagi berkongsi informasi lanjut mengenai musim terbaru rancangan itu.

Bakal memasuki musim ketiga, penonton nyata tidak sabar menyaksikan keserasian hebat di antara Yoo Jae-suk, Lee Sang-yeob, Jessi, Oh Na-ra, Jun So-min dan Lee Mi-joo.

Pertama sekali, Jung Chul-min telah mendedahkan perubahan terbaru yang akan diaplikasikan dalam musim terbaru ini,

Sudah masuk musim ketiga, setiap ahli telah mempunyai ‘cara tahu’ masing-masing. Jadi untuk kali ini, kami akan meletakkan spy (pengintip) pada setiap episod yang berpihak dengan pihak produksi bagi mengusutkan ahli lain.

jung chulmin sixth sense 2

Mengulas dengan lebih lanjut,

Dalam pemilihan terakhir. semua orang akan memilih yang mana satu palsu. Sekiranya semua betul, pengintip dan pihak produksi akan kalah dan jikalau mereka semua salah, kami akan membina struktur di mana pengintip dan pihak produksi yang menang.

Dalam pada itu, “The Sixth Sense” sering mendapat perhatian penonton kerana usaha keras pihak produksi bagi membina yang palsu seakan-akan sebenar sekaligus mengelirukan semua orang.

tvn the sixth sense 3

Nantikan musim terbaru “The Sixth Sense” yang akan memulakan penggambaran pada Februari ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...