Ikuti Kami:

“Ajaib Kerana Kami Tidak Berpisah!” – Haha & Byul Sambut Ulang Tahun Ke-10 Perkahwinan

“Ajaib Kerana Kami Tidak Berpisah!” – Haha & Byul Sambut Ulang Tahun Ke-10 Perkahwinan

Pejam celik pejam celik, sudah 10 tahun pasangan Haha dan Byul mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini, Byul telah memuat naik satu video baru di saluran YouTubenya yang berjudul “Raikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10! Saya pergi ke melihat gaun pengantin dengan pengantin perempuan berusia 4 tahun yang datang tanpa notis”.

Khususnya dalam video tersebut, Byul menjelaskan bahawa dia akan mencuba gaun pengantin yang berbeza untuk majlis perkahwinan kedua mereka. Kemudian, Haha secara berseloroh berkata kepada kamera,

Hai semua! Kami telah berjaya pergi sejauh ini bersama. Kami tidak bercerai dalam 10 tahun perkahwinan kami.

haha byul

Byul yang mendengar kenyataan tersebut terus ketawa dan memberi respon,

Saya akan mengatakan bahawa ini adalah satu keajaiban!

Bagi yang belum tahu, sebelum ini anak mereka Song Yi telah menghidap penyakit saraf. Dalam video ini, Haha turut berkongsi kondisi anaknya kini,

Song Yi telah pulih sepenuhnya.

Tonton video penuh Haha dan Byul di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...