Nama Fattah Amin nampaknya sedang hangat menjadi bualan netizen Malaysia sekarang.
Pada 3 hari yang lalu, pelakon popular Fattah Amin, telah sah bercerai dengan isterinya yang juga seorang selebriti terkenal iaitu Fazura.
Susulan kes penceraian mereka, pelakon lelaki itu nampaknya kembali menjadi perhatian, dengan ramai netizen yang memuji penampilan kacaknya.
Malahan di laman TikTok, ada juga yang berkata bahawa visualnya mirip dengan Jung-kook BTS dan menulis,
- Dah lama perasan muka Fattah sama dengan Jung-kook.
- Bahagian mata je sama, muka Jung-kook lagi bulat.
- Aah macam ada air muka Jung-kook sikit.
- Ingat ke saya je yang perasannn!
- Muka tak sama pun tapi vibe tu sama.
Sama ke korang?