Ikuti Kami:

Ahn Bohyun & Jo Boah Sah Terajui Drama ‘Military Prosecutor Doberman’

Ahn Bohyun & Jo Boah Sah Terajui Drama ‘Military Prosecutor Doberman’

Tak sabarnya nak tengok gandingan Ahn Bo-hyun dan Jo Bo-ah dalam sebuah drama baru nanti!

“Military Prosecutor Doberman” menceritakan kisah seorang lelaki Do Bae-man, seorang pendakwa raya ketenteraan yang memilih pekerjaan tersebut kerana wang. Selepas bertemu Cha Woo-in, seorang yang sama bidang dengannya namun bekerja bagi membalas dendam, Do Bae-man mula menghapuskan si jahat dalam ketenteraan dan menjadi pendakwa raya yang sebenar.

Ahn Bo-hyun akan membawa watak Do Bae-man, seorang yang tidak berminat dengan kerjanya dan hanya menanti hari di mana dia dapat membuka pakaian seragam tentera itu.

tvn military prosecutor doberman,

Jo Bo-ah pula membawa watak Cha Woo-in, pendakwaraya ketenteraan baru dan juga merupakan anak tunggal pewaris kaya. Bagi menjadi seorang yang kuat dengan semangat seorang tentera, wanita ini berusaha keras untuk menyampaikan yang benar sahaja.

Oh Yeon-soo dipertanggungjawabkan membawa watak No Hwa-young, ketua bahagian wanita pertama sejak kem ketenteraan itu ditubuhkan. Dengan kebijaksanaan dan wajah yang tidak berekspresi, wanita itu dilimpahi dengan karisma yang membuatkan semua tunduk dengannya.

tvn military prosecutor doberman,

Watak peguam Yong Moon-goo akan dihidupkan oleh Kim Young-min yang pernah menjadi pendakwaraya pasukan khas. Manakala Kim Woo-seok pula akan membawa wawak No Tae-nam, yang mengetuai konglomerat di usia lewat 20-an.

Korang dah ready tak nak tengok drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...