Selepas Kim Go-eun disahkan bakal menerajui drama adaptasi webtoon popular “Yumi’s Cell”, nampaknya kita dah dapat bayangan siapa hero yang akan berada disamping wanita itu.
Khabarnya Ahn Bo-hyun telah dilamar oleh drama tersebut dan agensinya turut memberi respon daripada pihak mereka,
Memang benar Ahn Bo-hyun ada menerima tawaran ‘Yumi’s Cells’ sebagai Goo Woong. Dia sedang meneliti tawaran tersebut dengan positif.
Untuk pengetahuan anda, “Yumi’s Cell” membawa kisah Yumi seorang pekerja pejabat biasa – di mana dapat dilihat sudut pandangan sel otaknya yang mengawal segala fikiran, perasaan dan tindakan.

KIm Go-eun sebagai Yumi
Jikalau Ahn Bo-hyun bersetuju membintangi drama ini, dia akan membawa watak Go Woong iaitu seorang lelaki yang tidak kisah dengan semua perkara tetapi sebenarnya seorang yang sangat romantik dan akan mempunyai hubungan cinta dengan Yumi (Kim Go-eun).
Khabarnya, “Yumi’s Cells” akan memulakan penggambaran pada separuh pertama tahun ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.