Terbukti mempunyai bakat lakonan yang hebat, semakin mencurah-curah rezeki Ahn Bo-hyun sebagai watak utama kini.
Terbaru, lelaki itu dikhabarkan bakal menerajui drama aksi ketenteraan “Military Prosecutor Doberman”.
Naskhah ini menceritakan kisah seorang lelaki Do Bae-man, seorang pendakwa raya ketenteraan yang memilih pekerjaan tersebut kerana wang. Selepas bertemu Cha Woo-in, seorang yang sama bidang dengannya namun bekerja bagi membalas dendam, Do Bae-man mula membuang menghapuskan si jahat dalam ketenteraan dan mula menjadi pendakwa raya yang sebenar.
Ahn Bo-hyun dilamar membawa watak Do Bae-man, seorang yang tidak berminat dengan kerjanya dan hanya menanti hari di mana dia dapat membuka pakaian seragam tentera itu.
Menurut agensinya,
Dia ada menerima tawaran berlakon daripada ‘Military Prosecutor Doberman’ dan sedang menelitinya dengan positif.
Kata tvN pula,
Kami kini sedang mengkaji informasi tayangan dan memilih pelakon untuk ‘Military Prosecutor Doberman’. Sebahagian daripada proses ini, kami sedang dalam perbincangan dengan Ahn Bo-hyun mengenai tawaran berlakon kini.
Memang mantap kan kalau Ahn Bo-hyun sarung pakaian seragam tentera?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.