Rindu kan ahli lama “Running Man”?
Dalam episod terbaru program SBS itu, Yoo Jae-suk memulakan sketsa dan mengusik Lee Kwang-soo yang kononnya tak datang rakaman meskipun sudah 3 tahun meninggalkan “Running Man”. Hubunginya,
Kenapa awak tak berada di set penggambaran sekarang?
Lee Kwang-soo nyata bingung dan bertanya,
Apa yang sedang korang cakapkan ni?
Malah pihak produksi turut meluahkan di bahagian kapsyen bahawa mereka dapat mendengar laungan “Jae-suk hyung! Jae-suk hyung!” dari Lee Kwang-soo secara langsung tak lama lagi.
Manakala dalam perbualan di antara Kim Jong-kook bersama pengarah “Running Man” dalam episod terbaru ‘GYM JONGKOOK’, pengarah yang pernah bertanggungjawab merakam Jeon So-min turut menyatakan rasa rindu,
So-min, awak sihat je kan? Minta maaf kami memghilangkan diri semasa makan malam hari tu.
Sepertinya akan ada harapan tak mereka kembali ke “Running Man”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.