Ikuti Kami:

Ahli ‘Running Man’ Ucap Happy Birthday Buat Somin Tapi Ada Pertikai Kenapa Jihyo Tak Dapat Layanan Sama?

Ahli ‘Running Man’ Ucap Happy Birthday Buat Somin Tapi Ada Pertikai Kenapa Jihyo Tak Dapat Layanan Sama?

Rasanya semua sudah mendengar berita sedih mengenai Jun Somin yang terpaksa berehat selama sebulan daripada aktiviti seninya kerana disahkan mengalami masalah keletihan yang teruk. Lebih menyedihkan kerana peminat “Running Man” kini tidak dapat melihat telatah ‘masuk air’nya untuk sementara waktu. Alaa!

Walaupun baru menyertai rancangan popular tersebut selama 3 tahun tetapi nampaknya kesemua ahli asal “Running Man” dengan sepantas kilat berjaya menjadi ‘kamceng’ dengan pelakon wanita itu.

Sehinggakan beberapa daripada ‘oppa’ kesayangannya tidak lupa untuk memuat naik ucapan rindu dan ‘semoga cepat semuh’ sempena hari jadinya yang jatuh pada 7 April lepas.

Kim Jongkook yang pertama sekali telah meninggalkan ucapan khas kepada salah seorang adik perempuannya itu.

Somin, selamat hari jadi~ Semoga cepat sembuh dan kembali semula~!

Ji Sukjin kemudiannya berkongsi gambar keseluruhan ahli “Running Man” dan meninggalkan komen,

 

View this post on Instagram

 

생일축하해 소민아 우리 모두 축하해 그리고 빨리 촬영장 와야쥐~~!!

A post shared by 지석진 (@jeeseokjin) on

Selamat hari jadi, Somin, kami semua sedang menyambutnya dan kembali semula ke set penggambaran secepat mungkin~~!!

Haha juga memuat naik gambarnya bersama Jun Somin dan Yang Sechan.

 

View this post on Instagram

 

전소바리 소바리~ 전소바리 전소바리~

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...