Ikuti Kami:

Ahli ‘Running Man’ Ubah Wajah Jadi Gender Bertentangan, Song Jihyo Kekal ‘Tampan’ & Dipuji Seiras Sehun EXO

Ahli ‘Running Man’ Ubah Wajah Jadi Gender Bertentangan, Song Jihyo Kekal ‘Tampan’ & Dipuji Seiras Sehun EXO

Ingat tak aplikasi di mana ia boleh mengubah wajah penggunanya mengikut jantina bertentangan yang popular di Malaysia dahulu? Nampaknya ahli “Running Man” turut mencubanya dalam episod terbaru ini!

Kisah bermula apabila mereka mengungkit salah satu entri di laman sosial Instagram Ji Suk-jin di mana dia telah menggunakan aplikasi tersebut. Rupanya pihak produksi telah mencubanya pada ahli yang lain.

ji sukjin running man

running man

Melihatkan gambar Yoo Jae-suk, Haha berkata,

Nampak macam ibunya.

Tambah Yoo Jae-suk pula,

Saya nampak seperti seorang yang bekerja dalam bidang perundangan.

running man

Haha turut berseloroh apabilah melihat gambar Kim Jong-kook,

Dia nampak seperti pemain golf Park Se-ri apabila mengenakan solekan seperti itu.

running man

Lee Kwang-soo pula diusik apabila dikatakan wajahnya versi wanita kelihatan seperti seorang pemain bola tampar. Meskipun Yoo Jae-suk mengatakan bahawa mukanya nampak panjang, Lelaki tinggi lampai itu memotong kata-katanya,

Awak tak boleh cakap apa-apa yang buruk mengenainya sebab apabila pandang sekilas, ianya nampak seperti gambar ibu saya.

running man

Yang Se-chan yang mempunyai pemeriksaan kesihatan pada hari penggambaran tersebut turut tidak terlepas daripada dibahan oleh ahli yang lain. Kata mereka, lelaki itu tetap kelihatan sama walaupun diubah menjadi wanita.

running man

Tapi memang mengejutkan apabila Song Ji-hyo kekal ‘kacak’ apabila wajahnya diubah menjadi lelaki sampaikan semua ahli “Running Man” langsung tak ada usikan kelakar yang boleh dilemparkan kepada pelakon itu.

Yoo Jae-suk yang melihat gambar wanita itu mengatakan,

Awak kelihatan seperti Sehun daripada kumpulan EXO.

Bahkan Kim Jong-kook juga tidak dapat menafikan ketampanan Song Ji-hyo,

Kalau awak jadi lelaki, awak akan kelihatan sangat kacak.

Jadi wanita cantik, jadi lelaki kacak, memang serba serbi sempurna betul Song Ji-hyo kan? Daripada sibuk mengusik, habis semua terpegun lihat wajah wanita sekiranya diubah menjadi lelaki.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...