Sejak daripada tahun 2010 lagi, ramai yang mula mengenali Lee Kwang-soo sebagai seseorang yang menghiburkan malah ianya membuka peluang untuk lelaki tersebut mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang lakonan.
Meskipun ‘famous’ dengan personaliti kelakarnya, namun Lee Kwang-soo sepertinya mengelak untuk muncul dalam rancangan hiburan lain selain “Running Man”.
Dalam ‘Running Man’, ahli lain pandai mengajar saya, memberi reaksi kepada saya dan yang lain seperti itu membuatkan saya mampu melakukannya.
Disebabkan itu, menyertai program hiburan adalah sesuatu yang susah. Jikalau mereka menjemput saya dan mengharapkan saya berkelakuan sama seperti dalam ‘Running Man’, hasil akhirnya akan nampak berlainan. Disebabkan saya sudah bekerjasama dengan ahli ini selama 10 tahun lamanya, ia bukanlah sesuatu yang senang.
Walaupun jarang muncul dalam rancangan hiburan lain dan hanya muncul dalam satu rancangan tetap namun nama Lee Kwang-soo sering duduk di tangga yang tinggi dalam ‘Ranking Reputasi Rancangan Hiburan’ pada saban bulan. Apabila ditanya mengenai rahsianya, pelakon ini sendiri meluahkan rasa tidak tahu.
Mungkin kerana orang lain berpandangan positif apabila melihat saya melakukannya secara relaks, menghiburkan dan berseronok. Mungkin juga mereka menyukai saya kerana nampak seperti orang yang dikenali mereka. Seperti adik lelaki yang tak matang.
Rasanya semua dalam “Running Man” dah faham perangai Lee Kwang-soo dan dia boleh buat perangai yang sama dalam “Busted” sebab ada Yoo Jae-suk kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.