Ikuti Kami:

“Ahli Perniagaan Terkenal Kan?” – Hanya Bercerita Perihal Ibu, Netizen Persoal Identiti Bapa Jennie BP

“Ahli Perniagaan Terkenal Kan?” – Hanya Bercerita Perihal Ibu, Netizen Persoal Identiti Bapa Jennie BP

Jennie BLACKPINK meluahkan rasa cinta dan hormat yang mendalam terhadap ibunya dalam satu temu bual menyentuh hati menerusi rancangan “You Quiz on the Block”.

Dalam rancangan itu, hos Yoo Jae-suk menyebut momen emosional Jennie di Coachella, di mana dia menjerit sambil menangis, “Saya sayang awak, Ibu,” ketika menyampaikan lagu terakhirnya “Starlight.”

Jennie mengaku,

Saya janji pada diri sendiri untuk tak menangis. Tapi itu lagu terakhir dan ibu saya sedang menonton… tiba-tiba semuanya meletus keluar. Sampai sekarang saya tak boleh tengok semula video itu—saya hanya menangis teresak-esak.

Jennie, yang dibesarkan oleh ibunya seorang diri, turut berkongsi bahawa ibunya turut menangis semasa persembahan itu. Yoo Jae-suk kemudian bertanya apakah jenis orang ibunya. Jennieberseloroh bahawa wanita tua itu meminta untuk tidak berbual mengenai dirinya.

jennie bp

Jennie juga menyentuh tentang zaman awalnya belajar di New Zealand. Dihantar belajar ke luar negara ketika berusia hanya 10 tahun, Jennie berkongsi,

Kami banyak berbual tentangnya sejak saya dah dewasa. Ibu saya kata dia cuma nak saya membesar dalam dunia yang lebih besar. Saya tinggal dengan keluarga homestay. Saya rasa saya dah tahu sejak waktu itu—kalau saya tinggal di Korea, saya akan hanya belajar tanpa henti.

Seperti yang diketahui semua, Jennie acap kali berkongsi mengenai perihal ibunya sahaja sedari debut lantas ada yang tertanya-tanya mengenai gerangan bapanya. Ada yang berkata, “Bapa dia bukan ahli perniagaan terkenal ke?” namun masih tiada jawapan yang pasti hingga kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...