Sejak Jun So-min sertai “Running Man” sebagai ahli tetap, makin bertambah seri dan berbunga rancangan itu. Kalau Song Ji-hyo merupakan bunga yang elegan dan menawan, Jun So-min pula ialah bunga yang comel dan berseri. Penuh seperti taman bunga apabila keduanya bergabung!
Pun begitu, ramai yang meminati kedua wanita ini meluahkan rasa tidak puas hati kerana susah betul nak lihat mereka berinteraksi. Sampaikan ada yang zum beria dengan kualiti video 144p hanya untuk melihat sekilas Song Ji-hyo membetulkan rambut Jun So-min ataupun Jun So-min mendakap erat kakaknya itu.
Nampaknya harapan peminat “Running Man” supaya kedua wanita itu menjadi bintang utama dalam salah satu episod program tersebut akhirnya terjawab apabila melihat sedutan episod akan datang.
Baru sedutan pendek pun tapi dah nampak kelakarnya, tambahan apabila mereka mengulang semula klip lama di mana ahli lelaki “Running Man” yang ‘jatuh cinta’ dengan Song Ji-hyo dan Jung So-min pada suatu ketika dahulu. Tetapi semuanya buat-buat tak mengaku bahawa mereka pernah terpersona dengan kedua pelakon wanita itu. Konon!
Untuk misi kali ini, ahli lelaki perlu mencari semua ‘perasaan pertama’ mereka apabila melihat Song Ji-hyo dan Jun So-min selain melayan mereka dengan baik sekali. Bukan selalu ahli lelaki layan mereka lebih baik daripada tetamu perempuan lain kan?
Tak sabar nak lihat bagaimana mereka cuba memenangi hati Jun So-min dan Song Ji-hyo! Selalunya episod yang tiada tetamu mesti seronok kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.