Ikuti Kami:

Ahli GFRIEND Bersatu Semula Di Majlis Perkahwinan Pendandan Rambut Mereka

Ahli GFRIEND Bersatu Semula Di Majlis Perkahwinan Pendandan Rambut Mereka

Kesemua 6 ahli GFRIEND telah bersatu semula di majlis perkahwinan pendandan rambut mereka!

Pada 31 Oktober, kesemua 6 ahli GFRIEND telah dilihat di majlis perkahwinan pendandan rambut mereka menyanyikan lagu mereka “Me Gustas Tu” untuk mengucapkan tahniah pada hari istimewa itu.

Coretan video adalah daripada pendandan rambut dan rakan perekanya di Instagram Story, yang secara kolektif ditunjukkan dalam video di bawah.

Kesemua 6 ahli GFRIEND telah menandatangani dengan label baharu selepas meninggalkan Source Music.

Ye-rin adalah orang pertama yang menandatangani kontrak dengan Sublime Artist Agency, Yuju seterusnya menandatangani dengan Konnect Entertainment, Sowon memulakan  aktiviti solonya di bawah IOK Company, manakala Eunha, SinB, dan Umji akan debut sebagai kumpulan 3 ahli tidak lama lagi di bawah Big Planet Made(BPM).

gfriend ot6 reuniteNampaknya kerja berpasukan mereka sebagai satu kumpulan masih tidak berubah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...