Seronoknya tengok keakraban ahli GFRIEND!
Pada 19 Januari lepas, Yuju telah membuat kemunculan pertamanya sebagai artis solo dengan album “REC”. Ingin berikan sokongan buat bekas rakan sekumpulan itu, Ye-rin dan Sowon GFRIEND telah membuat kejutan pada Yuju semasa di program muzik “Inkigayo”, dengan sejambak bunga dan kek buatnya.
Ye-rin telah memuat naik foto mereka bertiga dengan kapsyen,
Yuju, saya cintakan awak. Awak paling hebat dalam dunia 💛 Yuj cantik.
Ahli GFRIEND yang lain, Eunha, SinB dan Umji, turut memberikan sokongan buat Yuju dengan memuat naik foto mereka bertiga, sedang menonton Yuju semasa siaran langsung di program muzik.
Comel kan persahabatan mereka!