Ikuti Kami:

“Ahli BLACKPINK Paling Bagus Berlakon” – Netizen Puji Lakonan ‘Natural’ Lisa Dalam ‘The White Lotus 3’

“Ahli BLACKPINK Paling Bagus Berlakon” – Netizen Puji Lakonan ‘Natural’ Lisa Dalam ‘The White Lotus 3’

Lisa BLACKPINK telah membuktikan dirinya sebagai seorang artis yang serba boleh!

Selain kembali dengan muzik baru, Lisa juga telah menemui penonton menerusi siri popular HBO ‘The White Lotus 3’, yang akan membongkar kisah gelap tetamu, kakitangan dan kawasan peranginan yang sepatutnya menjadi percutian yang santai.

Dalam drama ini, Lisa memainkan watak sebagai Mook, seorang pengurus hotel, penari dan juga mentor kesihatan.

Menerusi episod pertama yang disiarkan, penonton rata-rata memuji lakonan ahli BLACKPINK itu yang nampak natural dan tak kaku, menunjukkan kebolehannya sebagai seorang pelakon.

Dalam satu temu bual, Lisa berkongsi bagaimana dia boleh mendapatkan watak dalam siri tersebut. Katanya,

Saya menghantar pita video dan kemudian pergi berjumpa Mike White untuk melakukan uji bakat di hadapannya. Selepas itu, saya menerima panggilan bahawa saya mendapat peranan itu. Ia tidak mudah dan sememangnya dunia baru. Namun, saya menikmati proses rakaman.

Cayalah Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...