Utama K-Pop “Ahli Banyak Sokong Saya” – Nayeon Ulas Perasaan Jadi Ahli Pertama TWICE...

“Ahli Banyak Sokong Saya” – Nayeon Ulas Perasaan Jadi Ahli Pertama TWICE Debut Solo

nayeon twice

Akhirnya! Na-yeon TWICE secara rasminya telah debut sebagai penyanyi solo!

Pada 24 Jun, ahli tertua TWICE iaitu Na-yeon telah mengadakan sidang akhbar untuk keluaran mini album pertamanya “IM NAYEON”. Apabila ditanya tentang perasaanya debut sebagai artis solo, idola itu meluahkan,

Saya berasa begitu banyak emosi. Saya lega kerana saya telah bekerja pada album ini untuk sekian lama, dan ia gugup dan mengujakan untuk membuat persembahan secara solo.

nayeon twice

Untuk pengetahuan, Na-yeon ialah ahli pertama TWICE yang melancarkan album solo. Dia berkongsi bahawa ahli yang lain banyak menyokongnya sepanjang penyediaan album. Kongsinya,

Dari peringkat awal persiapan, ahli sudah ada untuk saya. Mereka memberi saya mesej sokongan yang terperinci seperti ‘Saya suka lagu itu’ atau ‘Tarian itu benar-benar menarik perhatian’.

Kemudian, dia juga turut berkongsi tentang apa yang dia pelajari sepanjang proses persediaan untuk menjadi penyanyi solo. Jelasnya,

Saya telah belajar banyak melalui album ini. Ada kalanya saya terfikir bahawa saya telah mencapai had saya semasa membuat promosi. Tetapi bekerja pada album ini menjadi peluang untuk melepaskan diri daripada itu.

Dengarkan lagu debut Na-yeon “POP!” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar News
Loading...