Ikuti Kami:

Agihan Bayaran Tak Adil, Chen, Baekhyun & Xiumin Bakal Saman SM Entertainment

Agihan Bayaran Tak Adil, Chen, Baekhyun & Xiumin Bakal Saman SM Entertainment

Nampaknya, isu mengenai 3 ahli EXO iaitu Chen, Baek-hyun dan Xiumin dengan SM Entertainment semakin berlarutan..

Terbaru pada 14 Jun, EXO-CBX mengumumkan tentang keputusan mereka untuk menyaman SM Entertainment dan pada masa yang sama, turut memohon maaf kepada peminat.

Dalam satu kenyataan, 3 ahli itu membuat keputusan sedemikian kerana menerima agihan keuntungan yang tidak adil dari SM malahan, agensi itu turut menuntut 10% dari hasil mereka walaupun aktiviti individu mereka sedang diuruskan sepenuhnya di bawah INB100 kini.

exo cbx

Kemudian, ahli juga menyatakan bahawa mereka akan terlibat sepenuhnya dalam proses undang-undang dan meneruskan tuntutan mahkamah bagi mendapatkan hak sepatutnya.

Selain itu, CBX juga turut memohon maaf kerana kerana menimbulkan kerisauan dan kekecewaan antara peminat, serta berjanji untuk mengurangkan sebarang kenyataan pada masa akan datang dan berusaha untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Bertabah tau CBX..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...