Ikuti Kami:

Agensi Umum Yiren Akan Pulang Ke China Buat Seketika, EVERGLOW Promosi Dengan 5 Ahli Kini

Agensi Umum Yiren Akan Pulang Ke China Buat Seketika, EVERGLOW Promosi Dengan 5 Ahli Kini

Yiren EVERGLOW akan berehat sebentar dari aktiviti promosi kumpulannya.

Pada 9 Januari, Yuehua Entertainment mengumumkan bahawa ahli Yiren, akan kembali ke China dan berehat daripada semua aktiviti kumpulan antara pertengahan Januari hingga akhir Februari. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan:

Dengan rasa terima kasih kepada peminat yang menyukai EVERGLOW, kami mempunyai pengumuman untuk dibuat tentang ahli Yiren.

Yiren perlu pergi ke China dari pertengahan Januari hingga akhir Februari kerana status akademiknya, dan dia akan berehat sebentar di sana untuk meluangkan masa bersama keluarganya yang sudah lama tidak berjumpa kerana COVID-19.

Sepanjang masa yang dinyatakan di atas, EVERGLOW akan meneruskan aktiviti domestik mereka dengan lima ahli, dan melaksanakan jadual mereka seperti yang dirancang.

Berikutan pengumuman itu, peminat EVERGLOW telah pergi ke platform media sosial dan komuniti dalam talian untuk membincangkan perihal rehat. Sesetengah peminat percaya bahawa perjalanan itu berkemungkinan besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina akan datang (1 Februari 2022), dan turut gembira kerana Yiren akan dapat menyambutnya bersama dengan keluarga.

everglow

Peminat semua tunggu Yiren kembali tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...