Tak lama lagi, Song Joong-ki akan jadi ayah kepada dua orang anak!
Pada 8 Julai, agensi mengumumkan bahawa isteri Song Joong-ki iaitu Katie Louise Saunders sedang mengandung anak kedua mereka kini.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai waktu kelahiran dan jantina bayi tidak dapat disahkan lagi setakat ini. Tambahan, pelakon lelaki itu juga sedang memberi perhatian untuk menjaga isterinya sekarang.
Sementara itu, Song Joong-ki telah mendaftar perkahwinannya dengan Katie Louise Saunders pada Januari 2023 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada bulan Jun.
Tahniah buat mereka!