Ikuti Kami:

Agensi Tak Buat Rayuan, Song Jihyo Sah Menang Perbicaraan RM3.6 Juta

Agensi Tak Buat Rayuan, Song Jihyo Sah Menang Perbicaraan RM3.6 Juta

Keadilan berpihak pada Song Ji-hyo!

Pada 13 Disember, media melaporkan,

Menurut mahkamah, agensi terdahulu Song Ji-hyo, Uzurocks Entertainment tidak mengemukakan rayuan kepada Bahagian Perjanjian Sivil Mahkamah Tinggi Daerah Sentral Seoul 45 (Hakim Besar Kim Kyung-soo) dalam tempoh rayuan.

Disebabkan oleh itu, Song Ji-hyo akhirnya disahkan memenangi kes tersebut selepas berbulan lamanya berlangsung. Terdahulu, agensi berkenaan perlu membayar 984 juta won (RM3.5 juta) dan mengambil kira pampasan yang diterimanya, ianya mungkin mencecah 1 bilion won (RM3.6 juta)

song jihyo

Untuk pengetahuan, tempoh untuk merayu keputusan saman sivil adalah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengumuman keputusan. Song Ji-hyo menerima keputusan pada 23 November, dan Uzurocks Entertainment dilaporkan menerima dokumen keputusan pada 28 November, beberapa hari selepas itu. Mengambil kira tarikh penghantaran dokumen keputusan yang lewat kepada agensi berkenaan, tempoh masa untuk membuat rayuan adalah sehingga tengah malam pada 12 Disember.

Pun begitu, tiada langsung yang dibuat oleh pihak mereka sehingga tengah malam tadi lantas membawa kepada kemenangan pelakon wanita berkenaan.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...