Agensi Sahkan Ini Album Terakhir, DIA Buat Persiapan Comeback Ogos Ini

dia

Kumpulan penyanyi wanita ini sebelum ini dikejutkan dengan kehilangan seorang ahli mereka baru-baru ini. Terbaru, kumpulan DIA dikhabarkan akan kembali dengan satu comeback Ogos ini.

Setelah ahli mereka, Som-yi secara rasminya meninggalkan kumpulan itu, kini DIA sedang mempersiapkan diri untuk comeback mereka yang turut merupakan comeback terakhir mereka sebelum tamatnya kontrak mereka dengan agensi tersebut. Perkara itu telah disahkan sendiri oleh agensi mereka, Pocketdol Studio.

dia

Sebelum ini, kumpulan tersebut telah melancarkan album mini mereka “Flower 4 Seasons” pada tahun 2020 yang lalu. Namun, pelancaran album mini tersebut hanya disertai oleh 5 orang ahli iaitu Ki Hui-hyeon, Eunice, Ye-bin, Eun-chae dan Joo-Eun.

Namun buat album yang akan datang, berkemungkinan keenam-enam ahli tersebut akan menyertai persiapan buat comeback tersebut secara menyeluruh termasuk Jeong Chae-yeon memandangkan ia bakal menjadi karya terakhir mereka sebelum kontrak mereka tamat.

Apa agak-agaknya konsep untuk comeback kali ini rasanya? Teruskan tunggu informasi seterusnya nanti okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply