Diam tak diam, Youngjae GOT7 tiba-tiba terpalit gosip cinta bersama rakan artisnya.
Terbaru, khabar angin berterbangan mengatakan lelaki itu sudah setahun bercinta dengan pemuzik bernama Lovey.
Tidak berlengah, agensinys iaitu Sublime Artist dengan segera memberi respon dari pihak mereka,
Khabar angin Youngjae sedang bercinta adalah tidak benar. Mereka hanyalah rakan artis yang menyokong satu sama lain dengan menyertai album masing-masing.

Untuk pengetahuan, kedua mereka pernah bekerjasama sebelum ini untuk lagu GOT7 iaitu ‘Drive Me To The Moon’ dan lagu Lovey sendiri iaitu ‘We Hurry’.
Rakan baik sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




