Ikuti Kami:

Agensi Lama Umum BTOB Bebas Guna Nama Kumpulan Tanpa Halangan

Agensi Lama Umum BTOB Bebas Guna Nama Kumpulan Tanpa Halangan

Berita baik buat Melody (kelab peminat BTOB)!

Menurut sumber pada 18 Disember, BTOB sedang berunding dengan Cube Entertainment mengenai penggunaan nama kumpulan tersebut.

Di mana telah dilaporkan bahawa kesemua ahli BTOB akan dapat menggunakan nama kumpulan tersebut tanpa sebarang sekatan melalui perbincangan kerjasama dengan agensi terdahulu mereka, Cube Entertainment.

Khususnya nama kumpulan mereka, BTOB, kini boleh digunakan secara bebas di dalam siaran, media sosial, dan sebagainya. Usaha juga sedang dilakukan untuk memastikan logo serta simbol berkenaan dengan kumpulan yang diperlukan untuk barangan dan album boleh digunakan mengikut keperluan industri hiburan.

btob (1)

Perkara ini telah menghapuskan segala kekeliruan yang timbul akibat insiden HIGHLIGHT, di mana B2ST tidak dapat menggunakan nama kumpulan dan akhirnya menamakan semula kumpulan mereka sebagai HIGHLIGHT.

Wakil dari Cube Entertainment berkata,

Sejak awal lagi kami tidak akan mengenakan sebarang sekatan terhadap penggunaan nama kumpulan semasa siaran atau persembahan. Malah, Cube Entertainment turut menyokong perjalanan baru BTOB, yang telah bersama kami selama 11 tahun.

Selepas tamatnya kontrak BTOB dengan Cube Entertainment, Chang-sub telah menandatangani kontrak eksklusif baru dengan Fantagio, manakala Eun-kwang, Min-hyuk, Hyun-sik dan Peniel telah memilih untuk menandatangani kontrak dengan syarikat yang berbeza.

Sementara itu, ahli termuda kumpulan tersebut iaitu Sung-jae masih belum lagi memberikan sebarang respons mengenai syarikat baru yang bakal dimasukinya.

Semoga BTOB jadi semakin berjaya dan bahagia bersama peminat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...