Agensi Kongsi Kim Minkyu Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Tak Lama Lagi
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Nampaknya, Kim Min-kyu juga akan jadi salah seorang selebriti yang akan menyertai khidmat ketenteraan tak lama lagi.
Terbaru, agensi Kim Min-kyu telah mengesahkan bahawa pelakon itu merancang untuk sertai khidmat ketenteraan sebelum tayangan perdana drama barunya akan datang berjudul “Holy Idol”. Jelas agensi,
Tarikh pendaftarannya masih belum ditetapkan. Tetapi kerana sudah tiba masanya untuk dia mendaftar, sesi sidang akhbarnya untuk drama itu akan dirakam terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan, Kim Min-kyu akan mencecah usia 28 tahun pada Disember ini, iaitu umur maksimum yang layak buat lelaki Korea Selatan memenuhi perkhidmatan ketenteraan wajib mereka.

Dalam pada itu, drama percintaan fantasi baru Kim Min-kyu “Holy Idol” dijadualkan untuk tayang pada separuh pertama 2023 nanti.
Selamat berkhidmat Kim Min-kyu!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




