Ikuti Kami:

Agensi Kim Seonho Beri Amaran Tentang Penyebaran Cerita Palsu

Agensi Kim Seonho Beri Amaran Tentang Penyebaran Cerita Palsu

Lumrah menjadi selebriti, sudah pasti tidak dapat lari daripada menjadi mangsa kecaman orang lain.

Terbaru, SALT Entertainment yang merupakan rumah kepada ramai pelakon terkenal seperti Kim Seon-ho, Park Shin-hye, Park Hee-soon telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Instagram,

Baru-baru ini, terdapat banyak kes di mana akaun, entri media sosial dan mesej terus (DM) yang menyamar sebagai artis kami dan menyebarkan informasi palsu menerusi manipulasi dan kisah terserempak dengan artis dilaporkan.

Walau bagaimanapun, terdapat cerita yang diputar belit dan berlainan daripada fakta.

Agensi berkenaan juga meminta agar tiada sesiapa yang terkesan dek penyebaran berita palsu ini.

Dalam pada itu, SALT Entertainment turut menyertakan alamat e-mel mereka buat sesiapa yang mahu menyampaikan apa-apa maklumat mengenai hal ini.

kim seonho salt entertainment

Meskipun tidak menyebut artis yang spesifik, peminat menebak bahawa ia melibatkan pelakon Kim Seon-ho memandangkan terdapat kisah peminat yang terserempak dengannya baru-baru ini di mana ianya tular di serata internet.

Kenapalah sebar cerita palsu agaknya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...