Agensi Hyun-jin LOONA iaitu Blockberry Creative tampil memberi kenyataan mengenai khabar angin percintaannya.
BACA: 3 Ahli Positif COVID-19, LOONA Tak Sertai Penggambaran Pusingan Pertama ‘Queendom 2’
Awal minggu ini, kecoh mengenai desas-desus mengenai khabar angin Hyun-jin, ahli kumpulan LOONA yang dikatakan bercinta dengan penyanyi rap, A-FLOW.
Perkara itu kian menjadi bualan ramai apabila ada yang mengatakan bahawa Hyun-jin kerap memuat naik gambar mesra mereka di akaun peribadi Instagram miliknya contohnya seperti gambar ‘couple rings’ mereka. Namun perkara itu dengan serta-merta dinafikan oleh agensinya, BlockBerry Creative yang sudah mengeluarkan kenyataan rasmi dan juga telah mengambil tindakan undang-undang.
Kami ingin memberitahu anda bahawa semua khabar angin adalah palsu. Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang kukuh terhadap khabar angin daripada YouTuber tersebut.
Ha tulah, korang pun jangn sebarkan cerita tak betul tau. Kan tak pasal-pasal kena ambil tindakan…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.