Ikuti Kami:

Agensi Beri Respons Dakwaan Ha Yeonsoo Bakal Bersara

Agensi Beri Respons Dakwaan Ha Yeonsoo Bakal Bersara

Baru-baru ini, pelakon wanita yang terkenal menerusi lakonannya dalam “Rich Man” iaitu Ha Yeon-soo telah dikhabarkan bakal bersara daripada industri hiburan. Betul ke?

Khabar angin mengenai persaraan pelakon wanita itu bermula apabila butiran peribadinya telah dipadam melalui laman rasmi. Tambahan pula, khabar angin itu dilihat lebih meyakinkan apabila kontraknya bersama agensi sendiri, ANDMARK, telahpun ditamatkan pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, pihak agensinya juga turut berkongsi bahawa pelakon Ha Yeon-soo sekarang sedang melanjutkan pelajarannya di Jepun namun mereka turut menegaskan bahawa kehilangan butiran peribadi pelakon tersebut bukan satu permintaan daripada syarikat dan berkemungkinan besar ianya merupakan permintaan peribadi daripada Ha Yeon-soo sendiri.

ha yeon soo

Terbaru, Ha Yeon-soo turut berkongsi beberapa imej kehidupan sehariannya ketika berada di Jepun dengan kapsyen “Reminisce”. Sebelum ini, pelakon tersebut sangat bergiat aktif sejak kali pertama debutnya dalam industri hiburan dengan rangkaian produk kosmetiknya pada tahun 2012 yang lalu. Sejak itu, dia telah muncul dalam drama “Monstar”, “Legendary Witch”, “Honju Man and Woman”, dan filem “Temperature of Love” dan “Your Name Is Rose”. Tahun lepas, dia beralih arah ke bidang seni dan juga pernah mengadakan pameran seni solonya, “Ha Yeon-soo: The Shape of Memory”.

Sedihnya bila Ha Yeon-soo yang sangat hebat berlakon sudah tidak akan bergiat aktif lagi dalam industri hiburan. Apa-apa pun diharapkan agar Ha Yeon-soo akan terus berjaya dalam mana-mana bidang pun yang dia ceburi.

Teruskan menyokong okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...