Ikuti Kami:

Agensi Beri Respon Dakwaan RM BTS Bakal Berkahwin

Agensi Beri Respon Dakwaan RM BTS Bakal Berkahwin

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba tersebar khabar angin mengatakan bahawa RM atau Kim Nam-joon dari kumpulan BTS bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.

Kisah bermula apabila khabar angin itu bertiup kencang di satu lama komuniti. Tulis seorang individu, seorang junior lebih muda 7 tahun menghubunginya dan mengatakan bahawa dia bakal berkahwin dengan RM.

Dia merupakan seorang pelajar dari universiti popular dan daripada keluarga baik. Katanya dia menjumpai RM di satu perjumpaan peminat sekitar 2014 dan 2015.

rm bts kahwin

Individu itu turut berkongsi mesej yang diterima wanita itu,

Saya tak dapat beri tarikh spesifik tapi pasangannya ialah selebriti. Kerana waktu yang masih sensitif, jadi kakaknya sahaja yang tahu. Si suami ialah ketua BTS.

Malah kisah itu turut dipaparkan di sebuah laman YouTube popular yang pernah mebongkarkan beberapa kisah mengenai selebriti Korea termasuklah perkahwinan antara Seo Tae-ji dan Lee Ji-ah sebelum ini.

kim namjoon

Selepas kisah ini menjadi bualan peminat K-Pop dalam dan luar negara, wakil Big Hit menyampaikan posisi mereka,

RM sudah menafikan hubungan cinta bersama wanita itu. Kami sedang bekerja keras melawan khabar angin di YouTube.

Kesian RM kena hadap khabar angin seperti ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...