Jung Hae-in dan Jung So-min akan pergi bersama ke Bali.
Menurut laporan, mereka akan berangkat ke Bali pada 24 September ini untuk sesi penggambaran foto untuk sebuah majalah fesyen untuk mempromosikan drama lakonan mereka kini, “Love Next Door”.
Disebabkan rating drama itu agak sederhana iaitu dalam lingkungan 4% ke 6% sahaja, ini merupakan situasi yang luar biasa dalam industri bagi teraju utama mana-mana drama untuk menjalani penggambaran foto pasangan di luar negara.
Oleh itu, timbul khabar angin dalam kalangan industri bahawa “Adakah mereka berdua sedang bercinta?”
Seorang wakil industri berkata,
Biasanya, jadual bersama seperti ini dilakukan sebelum siaran pertama untuk tujuan promosi. Mengambil gambar pasangan di luar negara pada penghujung drama adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku.
Walau bagaimanapun, Jung Hae-in sempat memberikan komen ringkas dalam temuramah lain mengenai khabar angin hubungan cinta bersama Jung So-min,
Saya tidak akan memberi sebarang komen (ketawa).
Tak sabar nak tengok gambar dorang nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.