Ikuti Kami:

“Agak Janggal” – Lakonan Go Minsi Dikritik, ‘Tastefully Yours’ Terus Raih Rating Rendah

“Agak Janggal” – Lakonan Go Minsi Dikritik, ‘Tastefully Yours’ Terus Raih Rating Rendah

Sepertinya agak suka untuk drama Korea sekarang meraih rating tinggi.

Drama “Tastefully Yours”, memulakan tayangan dengan permulaan yang kurang memberangsangkan. Ditayangkan pada 12 Mei, drama ini hanya mencatat rating 1.6%, iaitu hampir separuh daripada rating episod akhir drama pendahulunya, “New Recruit 3”.

Walaupun menampilkan visual menarik dan barisan pelakon yang menjanjikan, drama ini menerima kritikan kerana jalan ceritanya yang dianggap ketinggalan zaman, dan paling ketara, loghat Jeolla yang dibawakan oleh pelakon utama Go Min-si.

Drama ini dibintangi oleh Kang Ha-neul sebagai Han Beom-woo, seorang waris chaebol yang menjadi “pemburu resipi,” dan Go Min-si sebagai Mo Yeon-joo, seorang chef bersemangat yang mengendalikan restoran satu meja di Jeonju.

Namun, reaksi penonton bercampur-campur mengenai loghat wanita itu dan antara komen yang ditinggalkan,

  • “Saya tak pasti dia cuba guna loghat Chungcheong atau Jeolla,”
  • “Lebih baik kalau dia cakap bahasa Korea standard saja,”
  • “Lakonan dia rasa janggal.”

Selain itu, keserasian antara mereka berdua turut menerima reaksi berbeza — ada yang menganggap ia “kukuh,” manakala yang mengatakan ia “kaku.” Penonton menganggap drama ini menggunakan elemen yang terlalu lama dan tidak relevan, seperti premis “waris kaya jatuh cinta dengan chef kampung” juga dibandingkan dengan drama klasik seperti “My Name is Kim Sam-soon”, dengan ada yang menyifatkannya sebagai klise dan basi.

Sebagai perbandingan, drama “Second Shot at Love” dari tvN yang ditayangkan pada hari yang sama berjaya meraih 3.4%, iaitu lebih tiga kali ganda daripada rating akhir “The Divorce Insurance”, drama yang disiarkan sebelum “Tastefully Yours”.

Namun begitu, masih ada harapan. Go Min-si tidak banyak bercakap dalam episod pertama, jadi masih ada ruang untuk prestasinya berkembang dalam episod-episod akan datang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   10 Asia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...