Ikuti Kami:

“Agak Biadap” – Yoo Jaesuk Dikritik Berkata-Kata Kasar Dengan Lee Sangyi?

“Agak Biadap” – Yoo Jaesuk Dikritik Berkata-Kata Kasar Dengan Lee Sangyi?

Walaupun dihormati sebagai pengacara No 1 di Korea Selatan, namun kadang kala ada yang mengatakan Yoo Jae-suk sedikit kasar apabila berbicara. Betul ke?

Untuk pengetahuan, saluran YouTube ‘DdeunDdeun’ telah memperkenalkan satu siri baru iaitu ‘Ggangchon Chance’ di mana ahlinya Yoo Jae-suk, Lee Dong-wook, Lee Sang-yi, Nam Chang-hee dan Jo Se-ho menjelajah sekitar kawasan perkampungan.

Dalam salah satu video yang tular di TikTok mengenai siri berkenaan, Yoo Jae-suk dilihat mengatakan sesuatu kepada Lee Sang-yi hingga membuatkan pelakon tersebut terkesima. Katanya,

Lee Sang-yi seorang yang perlu ‘disuap’ pelbagai info.

Maksud ayat itu ialah Yoo Jae-suk menganggap Lee Sang-yi sebagai seorang yang ingin tahu tentang banyak benda namun mendapat info dari orang lain sahaja dan bukan mencari maklumat sendiri.

@starmqlx i think he likes being spoon-fed info #sangyi #speechless #soundeffect #leesangyi #actor #hah ♬ original sound – taystein

Komen peminat,

  • “Masa saya tengok pun saya rasa agak kuran ajar. Tapi mungkin ia hanya ayat biasa dalam bahasa Korea..”
  • “Saya pun rasa Yoo Jae-suk agak kasar kadang-kadang.”
  • “Tak biadap ke cakap macam tu?”
  • “Saya pun rasa sakit hati.”
  • “Macam orang cakap, ‘Benda tu pun kau tau ke?’. Memang terkejut lah member.”

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...