Ikuti Kami:

aespa Gamat Suasana Di Coachella Dengan Lagu Baru

aespa Gamat Suasana Di Coachella Dengan Lagu Baru

Umum pasti mengetahui festival Coachella, yang popular baru-baru ini dimana ia mengumpulkan pelbagai penyanyi dari serata dunia. Tidak ketinggalan, penyanyi kumpulan wanita, aespa yang turut berjaya menghangatkan pentas Coachella tersebut.

Dalam kalangan puluhan penyanyi yang datang memeriahkan festival tersebut, aespa berjaya meraih perhatian peminat apabila melakukan persembahan pada 23 April lalu malah turut berjaya menggemparkan peminat dengan menyanyikan lagu baharu mereka yang akan datang, “Life Is Too Short”.

aespa

Ini merupakan persembahan secara “Live” pertama bagi aespa di luar negara sejak debut mereka 18 bulan lalu. Bukan itu sahaja, Aespa menyanyikan lagu “Life Is Too Short” sebagai teaser untuk album akan datang bersama beberapa lagu lain seperti, “aenergy”, “Black Mamba”, “Savage,” dan juga “Next Level.” aespa turut berkongsi satu muat naik dimana video persembahan mereka di pentas Coachella baru-baru ini.

Rata-rata para peminat yang berkesempatan hadir di Coachella sangat teruja dengan nyanyian lagu baharu oleh aespa dan sejak semalam, hampir semua platform sosial media dipenuhi dengan video rakaman bagi nyanyian lagu baru tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa aespa berjaya meraih minat dan perhatian penonton untuk lagu baru yang akan datang.

Korang dah tengok ke belum persembahan aespa di Coachella?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...