Ikuti Kami:

“Adik Lee Jungjae? Macam Ayah Je..” – Netizen Kritik Barisan Pelakon Untuk ‘Petty Love’

“Adik Lee Jungjae? Macam Ayah Je..” – Netizen Kritik Barisan Pelakon Untuk ‘Petty Love’

Ramai nampaknya yang kurang senang dengan barisan pelakon untuk drama tvN akan datang berjudul “Petty Love”.

Baru-baru ini, tvN telah mengumumkan barisan pelakon penuh untuk drama “Petty Love” yang akan diterajui Lee Jung-jae dan Lim Ji-yeon.

Ini ialah drama rom-kom antara seorang detektif veteran Lim Hyun-joon (Lee Jung-jae) yang bermimpi untuk menjadi ahli percintaan dan Wi Jung-shin (Lim Ji-yeon), bekas wartawan politik yang diturunkan pangkat ke industri hiburan.

Meskipun teruja dengan plot yang akan dipaparkan, segelintir netizen mengkritik gandingan kedua pelakon itu untuk siri romantik tambahan pula, dengan jarak umur mereka yang jauh iaitu 18 tahun.

tvn petty love

Selain itu, Kim Hyun-jin juga dijangka akan tampil memainkan watak sebagai adik kepada Lee Jung-jae, jadi perdebatan ramai dengan jarak umur mereka yang seperti bapak dan anak berbanding adik-beradik.

Antara komen netizen menerusi laman komuniti dalam talian,

  • Lee Jung-jae tua sangat la untuk drama rom-kom..
  • Ramai lagi kan pelakon lain yang dalam lingkungan umur Lim Ji-yeon.
  • Adik Lee Jung-jae? Lebih macam anaknya je.

Sementara itu, “Petty Love” telah dijadualkan untuk menemui penonton pada 27 Oktober ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...