Adik-Beradik Dalam ‘A Business Proposal’, Byungchan Kongsi Sejeong Sokong Comeback VICTON
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Ada tak yang rindu nak tonton telatah Byung-chan dan Kim Se-jeong sebagai adik-beradik dalam “A Business Proposal”?
Terbaru pada 31 Mei ketika pelancaran album mini ke-7 VICTON “Chaos”, Choi Byung-chan salah seorang ahli kumpulan tersebut berkongsi bahawa rakan pelakonnya Kim Se-jeong dari “A Business Proposal”, memberi sokongan buat comeback mereka.
Kongsinya,
Saya baru-baru ini menghubungi Kim Se-jeong. Walaupun dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama, dia memberi semangat kepada saya, ‘Saya harap awak selesaikan kemunculan semula ini dengan baik’.

Bagi peminat yang menantikan drama baharu dari idola tersebut, Byung-chan turut berkongsi pelannya untuk aktiviti lakonan pada masa hadapan. Katanya,
Saya tidak tahu apa projek saya yang seterusnya, tetapi saya mahu melakonkan watak yang merasakan cinta yang tidak berbalas atau perasaan berkibar yang boleh saya lakukan pada lewat 20-an.
Bagi yang belum tahu, Choi Byung-chan melakonkan watak adik kepada Kim Se-jeong dalam drama SBS “A Business Proposal”.
‘Sweet’ kan Kim Se-jeong?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




