Dah bertahun terlibat dalam dunia lakonan, Hye-ri nampaknya ingin mencuba sesuatu yang baru sebagai pelakon.
Kini, Hye-ri sedang menemui penonton menerusi drama GL “Friendly Rivalry”, mengisahkan tentang seorang pelajar yang berpindah ke sekolah baru di Seoul, dan mula didekati dengan Yoo Je-yi (Hye-ri) yang akhirnya mempunyai perasaan terhadapnya.
Dalam episod kelima yang disiarkan, terdapat satu babak di mana watak Choi Kye-ong membayangkan Hye-ri dengan watak lelaki, ketika mereka melakukan babak intim bersama.
#Jaeyi 🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥#LeeHyeri #HYERI #ChungSubin #FriendlyRivalry #FriendlyRivalryEp5 pic.twitter.com/fKHgEUdEDN
— Actresses World (@floral_beauties) February 16, 2025
Meskipun ia hanyalah dalam imaginasinya, adegan ciuman Hye-ri dengan lelaki itu telah mencetuskan reaksi kurang baik dari penonton, kerana didakwa mengganggu genre atau nature GL drama tersebut.
Sementara itu, “Friendly Rivalry” mempunyai 16 episod secara keseluruhan dan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis menerusi saluran U+tv and U+mobile tv.