Ikuti Kami:

Adaptasi Webtoon, Ha Seokjin & Go Wonhee Sah Terajui Drama ‘Jobless Three Meals’

Adaptasi Webtoon, Ha Seokjin & Go Wonhee Sah Terajui Drama ‘Jobless Three Meals’

Selepas tamat “When I Was The Prettiest” pada tahun lalu, sudah pasti ramai yang menantikan Ha Seok-jin kembali berlakon kan?

Berita baik untuk anda kerana lelaki itu disahkan bakal menerajui drama “Jobless Three Meals” bersama Go Won-hee dan Im Hyun-joo.

Berdasarkan webtoon bersiri, ianya membawa kisah seorang penganggur bernama Kim Jae-do dan waktu makannya di mana dia masih boleh makan dengan berselera meskipun baru berpisah.

Ha Seok-jin akan melakonkan watak Kim Jae-ho yang sudah 2 tahun mencari kerja selepas menghabiskan masa 5 tahun selepas berhempas-pulas untuk peperiksaan perkhidmatan awam. Dia mempunyai ijazah dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Korea. Disebabkan ibunya sering mengingatkan untuk makan tiga hari sekali sejak kecil, dia mempunyai tabiat yang mengutamakan waktu makan dalam apa jua keadaan sekalipun. Mungkin disebabkan itu, dia memiliki badan dan mentaliti yang sihat walaupun tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan. Pun begitu, oleh kerana tempoh penganggurannya yang semakin lama selain masalah kewangan, stres dan rasa rendah diri yang memuncak, dia membuat keputusan untuk meninggalkan kekasihnya yang baru sahaja mendapat kerja.

jobless three meals

Go Won-hee akan membawa watak Yeo Eun-ho, yang secara sukarela menganggur dan makan ialah perkara yang akan bertahan sehingga ke akhir dalam zaman kadar faedah rendah kini. Disebabkan hampir mati kerana bekerja siang malam untuk syarikat pengiklanan, wanita itu meninggalkan kerja tersebut dan sudah menganggur selama 3 bulan. Kemudiannya, dia bertekad untuk hidup dengan melayan dirinya seperti VIP, jadi dia hanya menjalani hidup dengan memikirkan makanan sedap apa yang akan dijamag pada setiap hari.

Im Hyun-joo pula bakal menghidupkan watak Seo Soo-jung, seorang yang bekerja di syarikat perhubungan awam selama 2 tahun. Meskipun berjaya mendapatkan kerja impiannya, dia masih lagi baru dalam masyarakat dan mengalami masa yang sukar kerana kerja yang bertimbun dan suasana pejabat yang tegang. Dia akhirnya menjadi lelah dengan sikap tidak acuh kekasihnya, Kim Jae-ho dan memilih untuk meninggalkan lelaki itu demi kebaikan dirinya.

Drama ini bakal menemui penonton dalam tahun ini juga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...