Ikuti Kami:

Adaptasi Siri BBC Amerika Syarikat, Ji Jinhee & Kim Hyunjoo Bergandingan Dalam Drama ‘Undercover’

Adaptasi Siri BBC Amerika Syarikat, Ji Jinhee & Kim Hyunjoo Bergandingan Dalam Drama ‘Undercover’

Berita menarik buat semua apabila siri popular BBC isitu “Undercover” bakal diadaptasikan dalam arena drama Korea tak lama lagi!

Bagi yang tidak tahu, “Undercover” membawa kisah mengenai Han Jung-hyun (Ji Jin-hee) yang sudah sekian lama menyorokkan identiti sebenarnya dan Choi Yeon-soo (Kim Hyun-joo) iaitu seorang peguam hak manusia yang menjadi ketua pertama bagi Kakitangan Awam Senior di Unit Siasatan Penyelewengan.

Drama ini merungkai realiti kuasa dan membongkarkan talam dua muka manusia selain turut membincangkan apa yang betul dan apa yang salah. Pertarungan sengit berlaku di antara setiap watak bagi melindungi orang yang mereka cintai selain menegakkan keadilan yang cuba dirobohkan oleh kuasa yang mementingkan keuntungan sahaja.

drama undercover

Bagi watak Han Jung-hyun, lelaki ini merupakan ejen di Agensi Perancangan Keselamatan Kebangsaan yang sudah lama menyorokkan identitinya. Dia dikenali kerana keberanian dan juga ketangkasannya. Dalam satu misi rahsia, tanpa sengaja dia telah jatuh cinta dengan Choi Yeon-soo dan akhirnya mengahwini wanita itu. Pun begitu, kehidupan rahsianya menerima ancaman apabila isterinya itu dicalonkan untuk jawatan di Unit Penyiasatan Penyelewengan.

Choi Yeon-soo pula merupakan seorang peguam hak manusia yang hidup berpaksikan keadilan dan kebenaran. Disebabkan oleh kepercayaan dan kemampuannya, wanita itu dicalonkan sebagai Ketua Kakitangan Awam Senior di Unit Siasatan Penyelewengan. Tanpa pengetahuannya, tawaran iitu bakal membongkar satu rahsia yang mengejutkan.

Bukan sahaja Ji Jin-hee dan Kim Hyun-joo, bahkan Yeon Woo-jin dan Han Sun-hwa turut bakal menyertai “Undercover” sebagai watak Choi Yeon-soo dan Han Jung-hyun semasa mereka muda.

drama uncercover

Hebat betul semua orang yang menyertai drama ini. Dikhabarkan bahawa “Undercover” bakal menemui penonton pada tahun 2021 di saluran JTBC. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...