Ikuti Kami:

Adaptasi Filem Taiwan, Do Kyungsoo EXO, Won Jinah & Shin Yeeun Sah Bintangi ‘Secret’

Adaptasi Filem Taiwan, Do Kyungsoo EXO, Won Jinah & Shin Yeeun Sah Bintangi ‘Secret’

Selepas hanya khabar angin, nampaknya filem “Secret” sudah pun mengesahkan barisan pelakon utamanya.

Selepas Do Kyung-soo dari EXO mengesahkan penyertaannya sebagai hero, Won Jin-ah dan Shin Ye-eun pula telah dimumkan sebagai heroin utama naskhah adaptasi filem Taiwan ini.

Filem asal yang ditayangkan pada 2007 membawa kisah kisah cinta antara lelaki dan dua wanita di sekolah menengah seni. Babak persaingan piano di antara pelajar sekolah ini merupakan antara babak yang diingati ramai termasuklah penonton di Korea.

filem secret

Do Kyung-soo akan membawa watak Sang-ryun (dilakonkan oleh Zhou Jerun), Won Jin-ah sebagai Xiao Yu (dilakonkan oleh Gui Lun Mei) dan Shin Ye-eun sebagai Cheong-un di mana wataknya adalah lebih besar daripada cerita asal.

Sudah pun memulakan penggambaran pada minggu lalu, filem Korea ini telah mengubah jalan ceritanya berbanding kisah asal selain turut menukar latar belakangnya sebagai kolej muzik dan bukkanya sekolah menengah seni.

Bagaimana agaknya keserasian mereka bertiga ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...