Selepas “The Uncanny Counter” tamat, ramai rasanya yang merindui para pelakonnya kan?
Jangan risau kerana Kim Se-jeong khabarnya menerima tawaran untuk menjadi heroin untuk projek adaptasi drama Jepun “Sleepeeer Hit!” yang ditayangkan pada tahun 2016.
“Today’s Webtoon” membawa kisah seorang wanita yang mendapat kerja di jabatan editorial webtoon dan terbeban dengan hubungan bersama pekerja lain dalam usaha untuk mengejar impian bagi menjadi editor webtoon terbaik.
Menurut agensi selebriti itu, memang benar Kim Se-jeong ada menerima lamaran untuk membintangi naskhah berkenaan dan kini sedang menelitinya.
Jika Kim Se-jeong menrima tawaran tersebut, dia akan melakonkan watak Oh Ma-eum, seorang kakitangan kontrak baru di jabatan editorial itu.
Khabarnya “Today’s Webtoon” akan menemui penonton pada separuh kedua 2021 nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.