Ikuti Kami:

“Adakah Saya Akan Bosan Dengan Kerja Ni?” – Dah 13 Tahun Dalam Industri, Seo Inguk Luah Perasaan

“Adakah Saya Akan Bosan Dengan Kerja Ni?” – Dah 13 Tahun Dalam Industri, Seo Inguk Luah Perasaan

Sudah lebih 10 tahun dalam industri hiburan, Seo In-guk pastinya telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan.

Terbaru ketika temu bual untuk filemnya “Project Wolf Hunting” akan datang, Seo In-guk ditanya tentang perasaannya menyambut ulang tahun debut yang ke-13 dalam industri hiburan. Pelakon itu mengaku,

Debut adalah salah satu perkara terbesar dalam hidup saya, jadi dalam beberapa cara, ia kelihatan seperti masa yang singkat, tetapi dengan cara lain, ia juga terasa panjang bagi saya. Saya mempunyai banyak kebimbangan dan melakukan banyak usaha jadi, ada masa saya rasa susah dan saya menangis.

Tambah Seo In-guk,

Saya rasa 13 tahun yang saya lalui adalah sebahagian daripada cara untuk melengkapkan diri saya. Itulah yang menjadikan saya seperti sekarang. Jadi saya sangat menantikan diri saya 10 tahun akan datang. Mengimbas kembali, ada perkara yang saya banggakan dan harap saya boleh terus melakukannya.

seo inguk

Bukan itu sahaja, pelakon dan penyanyi itu turut mendedahkan bahawa dia pernah berasa malas dan letih ketika bekerja. Dia meluahkan,

Kadang-kadang apabila minum seorang diri, saya tiba-tiba terfikir, ‘Adakah saya akan bosan dengan kerja ini?’. Sudah tentu, saya berasa letih dan mahu melepaskan segala-galanya berkali-kali. Kadang-kadang saya menjadi malas, tetapi kadang-kadang saya rasa ingin melakukan segala-galanya dalam kerja saya dan bekerja dengan cukup bersemangat untuk membuang semua perkara peribadi saya.

Semoga Seo In-guk terus kekal tabah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...