Ikuti Kami:

“Adakah Orang Yang Awak Mahu Tinggal Bersama Tinggi” – Lee Sunbin Tersipu Diusik Mengenai Lee Kwangsoo

“Adakah Orang Yang Awak Mahu Tinggal Bersama Tinggi” – Lee Sunbin Tersipu Diusik Mengenai Lee Kwangsoo

Umum mengetahui bahawa pelakon Lee Kwang-soo sudah hampir 3 tahun menyulam kisah romantik bersama pelakon Lee Sun-bin. Bahkan rata-rata peminat sentiasa tersenyum lebar apabila menyaksikan interaksi kecil di antara pasangan ini.

Terbaru, Lee Sun-bin telah menyertai satu rancangan SBS iaitu “My Fantasy Home” sebagai tetamu di mana mereka diberikan peluang untuk tinggal di kediaman impian mereka.

Awalnya pengacara Park Mi-sun menyebut bahawa tetamu mereka pada hari ini mempunyai tema yang sama iaitu mencari rumah sesuai untuk menghabiskan masa bersama orang tersayang berbanding diri mereka sendiri.

Mendengarkan sahaja pernyataan ‘orang tersayang’, rata-rata ahli panel mula mengalihkan perhatian kepada Lee Sun-bin.

Usik pengacara Jang Sung-kyu,

Adakah orang yang awak mahu tinggal bersama ialah seorang yang tinggi?

lee kwangsoo dan lee sunbin

Tersipu malu, Lee Sun-bin dengan bijaknya menepis usikan tersebut,

Ada juga antara mereka yang tinggi.

Pastinya ramai yang tahu bahawa ‘orang tinggi’ yang dimaksudkan ialah Lee Kwang-soo, iaitu kekasih pelakon wanita itu.

Dalam rancangan itu, Lee Sun-bin menjelaskan yang dia mahukan rumah di mana dia boleh menghabiskan masa bergelak ketawa dan bermain bersama rakan-rakannya tanpa menjadi perhatian orang disekeliling. Malah wanita itu mengimpikan rumah yang dihiasi pelbagai tanama hijau.

Comel sangat mereka ini! Rasanya ramai yang akan melompat gembira kalau Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin umum akan berkahwin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...